KUALA LUMPUR - Penduduk Taman Seri Sentosa, Taman Seri Pinang dan Taman Ria di Jalan Klang Lama di sini akan menjalani kehidupan lebih selesa apabila lif di flat mereka akan dibaiki dan ganti baru.
Pada masa yang sama, kesemua 59 buah blok perumahan flat 14 tingkat di taman perumahan berkenaan akan berwajah baru apabila turut dicat dan diindahkan semula.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM9 juta bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut.
Menurutnya, daripada jumlah terbabit, peruntukan sebanyak RM2.5 juta disediakan untuk melaksanakan kerja-kerja menggantikan lif baru dan membaiki lif-lif lain yang rosak di penempatan tersebut manakala selebihnya pula kerja-kerja mengecat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: