ALOR SETAR – Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata di sini diserbu lebih 30 mangsa banjir selepas tersebar khabar angin mengenai agihan bantuan wang ihsan banjir di pusat khidmat itu semalam.
Khabar angin pengagihan wang ihsan itu tersebar secara meluas di sini membuatkan mangsa yang teruja telah menyerbu pejabat wakil rakyat berkenaan mulai pukul 8.30 pagi.
Namun, mereka hampa apabila diberitahu wang ihsan tersebut hanya akan diagihkan pada 29 Januari ini.
Seorang mangsa, Nurmala Abdullah, 46, memberitahu, dia dimaklumkan mengenai hal itu oleh seorang jirannya dan tidak menyangka perkara sebaliknya berlaku apabila tiada pengagihan wang tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: