KOTA BHARU - Persatuan Peguam Syarie Malaysia cawangan Kelantan sebulat suara membantah pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan yang baru, Tuan Abu Bakar Abdullah Kutty kerana menyifatkan Tuan Abu Bakar tidak menepati syarat-syarat bagi menyandang jawatan tersebut.
Penyelaras persatuan itu, Che Rosmah Mohamed Zain yang mewakili 300 peguam syarie juga tidak bersetuju dengan pelantikan itu kerana mendakwa Tuan Abu Bakar tidak pernah menjadi hakim syarie atau kadi di mana-mana Mahkamah Syariah di negeri ini sebelum itu.
"Jawatan itu seharusnya disandang oleh seseorang yang mempunyai pengalaman tidak kurang 10 tahun sebagai hakim syarie atau kadi di mana-mana Mahkamah Syariah di negeri ini sebagaimana yang menjadi amalan.
"Tuan Abu Bakar sebelum ini juga tidak pernah dilantik sebagai Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah," kata Che Rosmah kepada pemberita di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: