GEORGE TOWN - Kerajaan digesa membatalkan kelulusan yang diberikan kepada Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) untuk melepaskan berjuta-juta nyamuk aedes Kejuruteraan Genetik (GM) ke tempat awam bagi tujuan kajian perubatan.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, kesan pelepasan nyamuk itu terhadap kesihatan dan keselamatan manusia belum diketahui.
"Walaupun uji kaji itu pernah dibuat di Kepulauan Cayman pada tahun 2009 namun tiada sebarang laporan mengenai kejayaan uji kaji tersebut dan ia telah menimbulkan kontroversi," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Penyelidikan yang dimulakan pada September tahun lalu melibatkan pelepasan nyamuk GM jantan yang membawa gen 'pembunuh' yang dibiarkan mengawan dengan nyamuk betina liar sehingga menyebabkan kematian keturunan bagi kedua-dua jenis nyamuk itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: