|
|
SEREMBAN - Suami pramugari Malaysia Airlines (MAS), Chin Swee Len, 34, yang ditemui mati di Radisson Hotel, Amsterdam, Belanda Jumaat lalu meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung kematian isterinya.
Cheng Yin Chet yang ketika ini berada di Amsterdam berkata, dia menghargai pihak yang memberi sokongan dan bersimpati terhadap dirinya namun merayu orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.
"Saya berterima kasih kerana ramai yang memberi sokongan dan bersimpati namun saya juga memohon agar kematian Swee Len tidak dispekulasi sehingga siasatan selesai," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Menurutnya, dia akan mengulas mengenai kematian isterinya selepas balik dari Amsterdam Rabu ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: