Tuesday, January 18, 2011

Tauke ketagih sabung ayam


SEBAHAGIAN daripada 29 kaki judi yang ditahan selepas gelanggang sabung ayam di Bandar Country Home, Rawang diserbu polis kelmarin.


RAWANG – Kebiasaannya kaki judi memilih lokasi eksklusif untuk berjudi tetapi serbuan di sebuah gelanggang sabung ayam di Taman Saujana Utama, Bandar Country Homes di sini lain pula yang berlaku.

Tauke-tauke dan ahli perniagaan yang datang berjudi di situ sanggup berpanas dan duduk di atas kerusi papan semata-mata hendak melihat ayam yang dipertaruhkan sebanyak RM22,000 bagi setiap perlawanan bertarung.

Selain itu, kaki judi juga sanggup datang ke gelanggang yang terletak di tepi sebuah kolam ikan air tawar di situ walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dari Selangor, Melaka dan Pahang.

Bagaimanapun, kegiatan yang didalangi oleh seorang lelaki dari Kundang di sini sejak enam bulan lalu tidak ke mana apabila gelanggang itu diserbu pada pukul 4 petang kelmarin.

Dalam serbuan itu, seramai 29 kaki judi termasuk tiga wanita berusia di antara 30 dan 65 tahun ditahan. Dua daripada wanita itu merupakan warga Indonesia manakala seorang lagi warga tempatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: