Bermula 16 Disember lalu hingga 24 Februari ini, sebanyak 10 sen daripada pembelian Prosperity Meal akan disumbangkan kepada pelbagai badan kebajikan masyarakat setempat.
Badan kebajikan terpilih meliputi warga emas, orang cacat, anak yatim dan rumah bagi kanak-kanak didera serta tiada pergantungan.
Pengarah Urusan McDonalds's Malaysia, Sarah Casanova berkata, ia sempena menyambut ulang tahun ke-18 hidangan itu.
"Melalui Prosperity Gives Back, warga Malaysia berpeluang mencetus perubahan positif secara langsung kepada komuniti apabila membeli Prosperity Meal di lebih 200 restoran," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sarah berkata, ia sebahagian usaha supaya makanan kegemaran bermusim ini dapat direalisasikan lebih daripada sekadar nama.
Sila layari www.mcdonalds.com.my untuk melihat senarai badan amal terlibat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: