Friday, January 14, 2011

Strategi Domino’s Pizza perkukuh jenama



Dommal Food Services Sdn Bhd merancang menambah 15 cawangan baru Domino’s Pizza di seluruh Semenanjung Malaysia menjelang hujung tahun ini.

Naib Presiden Antarabangsa Rantau Asia Pasifik, Steven F Pizziol berkata, ia termasuk dalam sasaran bagi membuka 300 cawangan baru di seluruh dunia dan 150 di Asia Pasifik.

“Setakat ini Domino’s Pizza mempunyai 9,000 cawangan di seluruh dunia dan 52 dalam negara yang menawarkan perkhidmatan hidangan, penghantaran dan pesanan dalam talian.

“Di Malaysia, kita mencapai sasaran untuk mempunyai 50 cawangan dengan pelancaran rasmi cawangan Gunung Rapat, Ipoh yang juga cawangan ketiga di Perak baru-baru ini,” katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Dommal Food Services Sdn Bhd, Ba U Shan-Ting berkata, pembukaan cawangan baru bagaimanapun tidak meliputi Sabah dan Sarawak.

“Dalam tempoh ini, kita akan menumpukan kepada pembukaan cawangan di Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan luar Lembah Klang kerana permintaan tinggi.

“Anggaran kos membuka cawangan adalah RM500,000,” katanya.

Sebagai peneraju dalam penghantaran piza, pihaknya turut merangka strategi.

“Antaranya, kami mempelbagaikan jenis pizza bagi memenuhi citarasa pelanggan seperti pilihan untuk penggemar makanan laut.

“Kami juga memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan terbaik dengan jaminan penghantaran dalam 30 minit,” katanya.

Dommal Food Services Sdn Bhd yang juga francaisi untuk rangkaian Domino’s Pizza di Singapura turut merancang menambah 10 cawangan baru di republik itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: