
Ketua Pegawai Korporatnya, Mohamed Adlan Ahmad Tajudin berkata, ia dicipta untuk kemudahan operasi syarikat multinasional serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Menurutnya, sistem itu dijadikan asas percubaan lima syarikat.
“Pada mulanya kami menyasarkan pengguna untuk sistem Celcom Biz Virtual PABX ini adalah dalam kalangan PKS, tetapi setelah sistem ini diuji, kami mendapati ia juga sesuai untuk syarikat multinasional.
“Sistem ini diuji antaranya syarikat minyak dan gas, Petronas. Ia menerima sambutan kerana memberi lebih penjimatan,” katanya semasa pelancaran Celcom Biz Virtual PABX di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Naib Presiden Kanan Operasi & Penyelesaian Perusahaan Kumpulan Korporatnya, Mohamed Rastam Shahrom.
Mohamed Adlan berkata, penyelesaian inovatif tersebut dapat membantu meningkatkan produktiviti pekerja, terutamanya organisasi yang mempunyai agihan tenaga kerja pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: