Friday, January 28, 2011

Empat trend rambut 2011


Trend 1: Super Seventies
Gambaran: Super Seventies adalah gaya utama dengan rambut tampak lebat, sama ada berombak lembut atau kerinting atau dibiarkan lurus dengan belahan tepi atau digulung ke atas.


PANJANG atau pendek? Dilepaskan atau diikat? Jangan bimbang, kerana P&G Beauty & Grooming telah menunjukkan empat trend rambut terkini bagi tahun 2011.

Trend terbaru ini merupakan gabungan inspirasi lama dan baru yang juga memberi idea kepada wanita untuk melihat bagaimana gaya rambut terkini untuk tahun ini.

Gaya rambut terbaru adalah berinspirasikan era disko 70-an, atau dikenali sebagai Super Seventies, penampilan maskulin dengan New Garconne, rambut lurus dengan Tales of Straight dan akhir sekali wajah kasual dan bertenaga iaitu Young and Undone.

Fesyen rambut musim bunga/panas untuk tahun ini didedahkan semasa majlis The Beauty Debate: Facing Forever, iaitu satu majlis kecantikan global terbesar pernah dianjurkan P&G yang berlangsung di Beijing, China, baru-baru ini.

Kata Duta Stailis Global Pantene Pro-V, Sam McKnight, trend gaya rambut 2011 adalah satu fesyen yang melalui proses perkembangan yang berperingkat.

"Ia idea yang memang sedia ada sejak dulu lagi tetapi diolah untuk menampakkan ciri-ciri terkini," katanya.

Tambah McKnight, terdapat fesyen rambut yang bergaya retro, tetapi setelah diberi sentuhan baru, fesyen tersebut kelihatan lebih cantik dan sesuai semula untuk digayakan masa kini.

McKnight diiktiraf sebagai salah seorang pendandan rambut terkemuka dunia dan pernah dikaitkan dengan imej beberapa ikon selebriti seperti Puteri Diana, Kate Moss, Naomi Campbell, Gisele Bundchen, Uma Thurman, Liz Hurley dan Lady Gaga.

Majlis P&G tersebut telah diserikan dengan kehadiran pakar kecantikan dunia, penggiat fesyen, saintis dan penyelidik serta lebih dari 500 wakil media di seluruh Asia.

Mereka termasuk empat duta kecantikan dan persolekan P&G, Ketua Mekap Artis Global untuk Max Factor, Pat McGrath, Pengarah Kreatif Global Wella Professional (Penjagaan dan Stailing), Eugene Souleiman dan Pengarah Kreatif Global Wella Professional (Warna), Josh Wood dan McKnight sendiri.

Acara ini juga buat pertama kalinya di Asia menggabungkan keempat-empat pakar ini yang mana mereka berkumpul untuk menggabungkan inspirasi dari aspek seni, alam semula jadi dan juga teknologi, untuk menterjemahkan sembilan trend kecantikan terunggul bagi tahun

2011.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: