Friday, January 28, 2011

Koleksi Tahun Baru Cina Metrojaya


Moden dan tradisional bersatu.


Dengan iringan instrumen-instrumen muzik tradisional seperti Pi-pa, Er-hu, Gu-zheng, Di-zhi dan Yang-qin, suasana beli-belah sempena Tahun Baru Cina pasti lebih seronok.

Musim untuk melafazkan kata-kata salam seperti 'Kung Hey Fatt Choy' (Selamat Tahun Baru Cina) dan 'Wan Shi Ru Yi' (segala urusan berjalan lancar) kini kembali lagi.

Ke mana sahaja anda pergi, kata-kata salam berkenaan kian bergema. Ini bermakna, bermulalah sambutan Tahun Baru Cina yang akan berlangsung selama 15 hari.

Menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada minggu hadapan, alamilah kemanisan berbelanja sakan di kedai konsep Metrojaya pada cuti hujung minggu ini.

Bertemakan Blossom into Prosperity (Bersemarak kepada Kemakmuran) yang menampilkan sentuhan tradisi masyarakat Cina, pengunjung disambut dengan dekorasi-dekorasi keemasan serta riben-riben merah ang pau sebagai tanda kebahagiaan berkumpul bersama.

Bayangkan pengalaman menjejakkan kaki ke dalam ruang kedai yang luas dan berwarna-warni yang dilengkapi dengan pakaian berjenama dan fesyen terkini.

Keceriaan sambutan Tahun Baru Cina dimeriahkan dengan koleksi jenama seperti East India Company, Cape Cod, Passages, Emanuelle, Laura Ashley, Bossini, Tangerina, Chi, Yin & Yang, Arthur Yen dan banyak lagi.

Tiada lagi warna merah

Jika sebelum ini kita menyaksikan koleksi pakaian perayaan ini penuh dengan warna merah, musim ini menampilkan koleksi yang pelbagai. Selain ceongsam, kaum Cina juga mempunyai pilihan koleksi pakaian moden untuk kanak-kanak, wanita dan lelaki.

Masyarakat muda Cina pada hari ini dilihat lebih menggemari baju mengikut warna trend semasa seperti ungu, kelabu, hijau, biru dan sebagainya.

Baru-baru ini bertempat di Tingkat 1, Metrojaya, Mid Valley, orang ramai dapat menyaksikan koleksi-koleksi terkini Tahun Baru Cina. Trend kali ini menampilkan tema oriental, ringkas dan bunga-bunga yang diberi sentuhan tradisional dan moden sempena tahun arnab.

Dalam pada itu, Metrojaya telah memulakan jualan istimewa Tahun Baru Cina sejak 14 Januari lalu hingga 11 Februari depan dengan menyediakan pelbagai hadiah dan belian terbaik. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.metrojaya.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: