Friday, January 28, 2011

Ekspresikan diri dengan Carefree panty liner

SETIAP mimpi akan menjadi kenyataan jika keberanian untuk mencuba menguasai segala-galanya.

Golongan wanita yang menghargai diri mereka akan memastikan segala perasaan dapat dibebaskan dalam pelbagai bentuk dan ekspresi.

Carefree jenama panty liner terkenal di Malaysia kini akan menjadi platform penting untuk merealisasikan impian wanita-wanita di luar sana yang ingin bergelar seorang bintang popular.

Menampilkan duta Produk Carefree yang bebas mengekspresikan dirinya secara bersahaja iaitu Scha Alyahya , pelakon dan pengacara terkenal itu telah melancarkan satu pencarian bintang popular Carefree. Pemenangnya akan berpeluang berlakon bersama-sama Scha Alyahya, Marsha Londoh dan Awal Ashaari.

Menurut Scha Alyahya, pencarian bakat Carefree menawarkan peluang keemasan yang jarang, untuk wanita muda menjadi bintang televisyen dalam sekelip mata.

"Sekiranya anda seorang yang berbakat dan ingin menjadi seorang pelakon seperti saya, inilah cara mudah untuk mendapat peluang berlakon dalam drama televisyen.

"Pencarian bintang popular Carefree Girl Bebaskan Bakatmu merupakan platform yang terbaik dan terpantas untuk wanita-wanita yang berumur 18 hingga 35 tahun diluar sana menjadi seorang bintang terkenal," jelasnya.

Sementara itu Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson Malaysia, Stanford Guo menjelaskan, Carefree sememangnya komited untuk memenuhi keperluan wanita untuk berasa segar sentiasa setiap hari.

Selain daripada memperoleh populariti sekelip mata, hadiah lumayan turut ditawarkan kepada peserta yang berjaya dinobatkan sebagai pemenang iaitu RM10,000 berserta produk carefree.

Uji bakat untuk pencarian Carefree Girl Bebaskan Bakatmu dijalankan di empat cawangan pasar raya besar Giant.

Sesi ini akan bermula di Giant Plentong, Johor pada 26 dan 27 Februari, Giant City Mall, Kota Kinabalu pada 5 dan 6 Mac, Giant Bayan Baru Butterworth, Pulau Pinang pada 12 dan 13 Mac dan berakhir di Giant Bandar Kinrara, Selangor pada 19 dan 20 Mac 2011.

Selain itu, pelanggan boleh juga melayari di facebook carefree , www.facebook.com/mycarefree atau dengan mencari Pink Daisy yang akan membawa anda ke laman permohonan Carefree Girl Bebaskan Bakatmu yang akan dibuka pada 1 Februari 2011.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: