
BIARPUN banjir makin surut, pelajar tingkatan satu, Siti Nazirah M. Hakimi tetap berperahu ke sekolah di Kampung Atas Kok, Tumpat semalam.
KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan petang semalam semakin pulih apabila semua pusat pemindahan di daerah ini ditutup manakala keadaan banjir di Terengganu pulih sepenuhnya.
Di Kelantan, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan selain daerah ini kini hanya 2,694 orang daripada 853 keluarga berbanding 3,190 orang pada sebelah pagi.
"Kesemua mangsa dari daerah Kota Bharu telah dibenarkan pulang. Kini hanya 11 pusat pemindahan masih dibuka membabitkan dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tumpat.
"Keadaan banjir secara keseluruhan semakin baik apabila di Pasir Mas hanya tinggal lapan pusat masih dibuka dan Tumpat (tiga)," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: