Tuesday, January 11, 2011

3 nelayan ditahan di Indonesia bebas


MUHD. KHAIRUN (kanan) bertanya sesuatu kepada (dari kiri) Almi, Adnan dan Saifullizan yang dibebaskan oleh pihak berkuasa Indonesia di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tiga nelayan tempatan yang ditahan oleh anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) ketika keluar menangkap ikan pada 29 September tahun lalu kerana tersasar ke Kepulauan Natuna, Riau, Indonesia menyifatkan seolah-olah mereka 'mati hidup semula' selepas dibebas dan kembali ke negara ini Sabtu lepas.

Mereka ialah Adnan Said, 50, Almi Awang, 43 dan Saifullizan Hamzah, 29, masing-masing berasal dari Dungun, Terengganu.

Menceritakan detik-detik cemas itu kepada Kosmo!, Almi yang merupakan nelayan laut dalam memberitahu, mereka serta seorang tekong warga Indonesia seperti biasa turun ke laut pada awal pagi di Dungun.

Katanya, mungkin terlalu leka menangkap ikan dan memeriksa bubu, kira-kira pukul 8.30 pagi, kapal mereka dihampiri kapal perang TNI.

"Kami baru perasan, kapal sudah tersasar jauh hingga ke Kepulauan Natuna, Riau.

"Kemudian, empat anggota TNI memanggil tekong dan selepas setengah jam disoal siasat, salah seorang daripada tentera berkata bahawa kami telah langgar sempadan dan kami akan dibawa ke Kem Pulau Ranai, Natuna," katanya ketika ditemui di Biro Aduan Komuniti UMNO.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: