
BUKETA (Selatan Thailand) - Ke mana hilangnya minyak masak?
Sebelum ini ramai pengguna di Malaysia menyangka minyak masak tempatan diseludup ke negara jiran sehingga berlaku krisis kekurangan bekalan di pasaran.
Namun, hasil tinjauan di beberapa pekan berhampiran sempadan Malaysia agak mengejutkan apabila bekalan minyak masak di kawasan tersebut juga berkurangan sejak dua bulan lalu.
Pekan Buketa merupakan kawasan bersempadan dengan Bukit Bunga, Jeli mempunyai lima buah kedai runcit yang menjual pelbagai barangan harian termasuk minyak masak.
Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! semalam mendapati kesemua kedai terbabit sudah kehabisan bekalan minyak masak.
Seorang peniaga, Faridah Yusoff, 33, berkata, bekalan minyak masak berjenama dari Malaysia telah terputus sejak dua bulan lalu sedangkan sebelum itu terdapat banyak minyak masak yang dijual dengan harga RM3.50 sekilogram.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: