
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) - Tiada sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB diadakan semalam membabitkan insiden bedilan meriam oleh tentera Korea Utara ke atas Pulau Yeonpyeong milik Korea Selatan di sempadan kedua-dua negara itu, kata Presiden Majlis Keselamatan, Mark Lyall Grant.
"Sidang berkenaan tidak diminta," katanya ketika ditanya mengenai insiden tersebut yang mencetuskan ketegangan terbaru dan menyebabkan seluruh dunia dilanda kebimbangan.
Kenyataan itu dibuat selepas seorang diplomat Perancis menyatakan, satu sidang tergempar Majlis Keselamatan akan diadakan membincangkan tindakan Pyonyang melepaskan 200 bedilan meriam ke Pulau Yeonpyeong, Korea Selatan yang dianggap pergeseran terburuk sejak Perang Korea pada 1950-1953.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: