Thursday, November 4, 2010

Sukan berkuda sebagai produk pelancongan


dr. Mahathir Mohamad tertarik dengan seekor kuda sambil mendengar penerangan Pengurus Ladang Kuda, Mohd. Hamzah Abdullah (kanan) di Telaga Tujuh, Langkawi, semalam.


LANGKAWI 24 Okt. - Bekas Perdana, Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin sukan berkuda mampu menjadi produk pelancongan yang dapat menarik minat pelancong berkunjung ke pulau bebas cukai ini.

"Usaha pembiakan kuda di Langkawi amat berjaya dengan jenis terbaik yang diiktiraf masyarakat berkuda di dunia," katanya kepada pemberita semasa melawat ladang kuda Island Horses di Telaga Tujuh hari ini.

Beliau turut meninjau seekor anak kuda yang baru seminggu dilahirkan yang diberi nama SW Al Ashraqul Jazirah Albariq.

Ladang berkenaan yang beroperasi sejak 2003 kini mempunyai 44 ekor kuda.

Mengenai Langkawi Geopark, Dr. Mahathir berharap promosinya dipertingkatkan untuk merancakkan aktitiviti kunjungannya yang agak kurang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: