GEORGE TOWN - Seorang lelaki kesal kerana seorang penunggang motosikal yang didakwa menyebabkan kematian isterinya dalam satu kemalangan dua tahun lalu hanya didenda RM300.
Sabaruddin Basiri, 39, berkata, dia hanya ingin menuntut keadilan selepas isterinya, Zaleha Ahmad maut akibat kecuaian remaja bawah umur yang tidak memiliki lesen memandu tersebut.
Ujarnya, pihak polis yang menyiasat kes itu pernah memaklumkannya bahawa siasatan sudah selesai namun Timbalan Pendakwa Raya memutuskan remaja tersebut tidak didakwa di mahkamah.
"Saya bukan mahu mempertikaikan undang-undang. Saya cuma mahu pembelaan ke atas kematian isteri saya. Sepatutnya remaja itu dikenakan tindakan sewajarnya bukan hanya saman RM300," katanya di sini semalam.
Takziah... Sy stuju dgn tindakan mangsa mbawa pkara ini kdepan. Nanti byk lg yg lepas swenang2nya slepas mlakukn ksalahan.
ReplyDelete