Saturday, November 13, 2010

Siri Upin & Ipin Muncul 30 Minit Mulai Mac 2011

Upin & Ipin menjadi kartun animasi popular masa kini.

SHAH ALAM: Siri Upin & Ipin bakal disiarkan selama 30 minit mulai Mac tahun depan berbanding tujuh minit sebelum ini di TV9.

Purata rating slot tujuh minit siri Upin & Ipin sebelum ini mencatat jumlah penonton sebanyak dua juta orang yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Setelah memerhatikan rating siri Upin & Ipin yang disiarkan selama tujuh minit, kami menganggap permintaan terhadap siri ini sangat tinggi.

Feisal Abdul Malik (dua dari kanan) semasa sidang media Karnival Upin & Ipin di Pusat Konvensyen Shah Alam.

“Jadi, sebab itu kami mengambil keputusan untuk menyiarkan musim terbaru Upin & Ipin selama 30 minit bermula Mac 2011.

“Kami akan turut menyiarkan siri terdahulu dengan menggabungkan slot tujuh minit kepada 30 minit,” kata Ketua Pengurusan Penjenamaan TV9, Feisal Abdul Malik, di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini.

Selain itu, TV9 akan menyiarkan program Kelab Upin & Ipin yang mempunyai pelbagai segmen mulai Jun 2011.

1 comment:

  1. aku kesian mamat yang ideal kan siri tuuu...yang kaya sekarang fundernyer laa

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: