Wednesday, November 24, 2010

Shikin-Zull bahagialah...

Kami masih bahagialah...

Dulu pernah orang cakap pasal rumah tangga Shikin dan Zull bagaikan melalui badai dan ada masalah. Tak pasal-pasal hot sekejap nama Shikin yang lama menyepi. Yalah tahun ini ramai sangat golongan artis yang pilih jalan hot bercerai berai.

Shikin pernah menafikannya. Tapi Zull cool sahaja sebab dia sibuk dengan kerja dan lama tak muncul dalam mana-mana majlis yang dihadiri Shikin. Che Li ada jumpa mereka baru-baru ini dan nampak bahagia sahaja. Tak ada masalah apa apa pun. Lihatlah aksi mesra mereka ini.

Kalau nak tahu cabaran bersuamikan lelaki handsome, tanya Shikin

Sabtu lalu Zull menemani Shikin yang diundang mengadakan persembahan dalam majlis meraikan anak yatim anjuran Jaafar Onn di Selayang Mall. Selain Shikin majlis itu ada Haiza, Maya, Salwa Abdul Rahman, Ibnor Riza dan Chef Zainal. Che Li ada juga hari itu.

Selesai persembahan mereka, Che Li nampak kelibat Zull di penjuru pentas. Semasa awal-awal tak perasan. Agaknya dia bawa anak jalan-jalan sebab tak mahu kacau majlis semasa Shikin berdangdut di atas pentas.

Che Li pergi ke arah mereka sekadar nak tanya khabar. Maklumlah dah lama tak jumpa pasangan tu. Belum sempat Che Li sapa, awal-awal lagi Shikin membuka mulut.

"Nampak macam orang bahagia tak?" tanya Shikin sambil ketawa. Sebelum diaju soalan Shikin awal-awal lagi dan buat penjelasan. Zull nampak cool sahaja.

Shikin memang macam tu suka berjenaka. Agaknya kerana suka cakap dan bergurau itu membuatkan ada yang salah faham sehingga menimbulkan gosip yang kurang enak pasal rumah tangga mereka.

Zull pun turut tanya khabar Che Li sebab lama sangat tak jumpa katanya. Yalah Zull tak ramai sangat kenal wartawan-wartawan. Wartawan lama yang dikenali semasa Shikin aktif dulu sajalah yang dia cam. Zull masih cool macam dulu-dulu juga. Badannya naiklah sikit.

Che Li tanya juga sama ada dia nak tambah anak atau dah cukup dengan anak dara yang nak masuk umur enam tahun itu.

"Dulu memang kami rancang tak nak dapat anak rapat-rapat sangat. Sekarang bila kita nak, tak ada rezeki pulak," kata Zull. Sebelum pulang, sempatlah Che Li rakam gambar mereka menggunakan telefon bimbit sahaja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: