BEIJING - Satu seni tulisan Cina di atas kain sutera dilelong di Beijing pada harga AS$46 juta (RM142.71 juta), lapor agensi berita Xinhua semalam.
Tulisan Cina itu merupakan salinan hasil kerja Wang Xizhi yang hidup pada 303 hingga 361 Tahun Masihi.
Namun, tulisan Cina yang dilelong kelmarin disalin daripada dinasti Tang yang memerintah pada 618 hingga 907 Tahun Masihi.
Pihak pelelong, China Guardian tidak memberikan maklumat mengenai pembeli seni tulisan Cina itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: