![]() |
| RICKY bahagia memiliki Valentino (kanan) dan Matteo. |
SEKARANG ini ramai yang sudah mengetahui bahawa penyanyi popular, Ricky Martin seorang homoseksual. Baru-baru ini dalam rancangan Larry King, Ricky ada meluahkan hasratnya untuk berkahwin dengan 'kekasihnya' tetapi terpaksa ditunda.
Menurut ayah kepada dua orang anak itu, hasratnya itu terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu sehinggalah negara kelahirannya, Puerto Rico memberikan keizinan untuk perkahwinan sejenis.
"Walaupun ada beberapa negara di seluruh dunia yang mengizinkan berbuat demikian tetapi di tempat asal saya sendiri masih lagi belum ada undang-undang yang membenarkannya.
"Memang kami boleh pergi ke Sepanyol dan saya memiliki ramai rakan yang mengamalkan perkahwinan sejenis. Saya melihat mereka berkahwin dan ternyata majlis perkahwinan yang dilakukan sangat indah dan simbolik," ujarnya dalam rancangan tersebut.
Ujar penyanyi yang popular dengan lagu Livin La Vida Loca itu lagi, dia masih berharap agar dapat berkahwin di negaranya sendiri pada masa akan datang kerana dia juga mempunyai kebebasan sebagai rakyat yang membayar cukai.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: