Thursday, November 4, 2010

Remaja 16 tahun dituduh bunuh bapa


CLARISSA SANCHEZ


TUCSON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang remaja, Clarissa Sanchez berusia 16 tahun didakwa atas tuduhan membunuh bapanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Tuduhan membunuh itu turut dikenakan terhadap kekasih remaja tersebut, Larry Coronado berusia 19 tahun.

Kedua-dua remaja itu dituduh selepas mayat bapa Clarissa, Andres Sanchez ditemui di gurun Tucson, Arizona selepas dilaporkan hilang selama 10 hari sejak 20 Oktober lalu.

Keluarga dan rakan-rakan pada mulanya menganggap Andres yang berusia 40 tahun meninggalkan rumahnya atas kemahuan sendiri.

Namun, pada akhirnya, polis diminta menyiasat kehilangan Andres.

Anggota-anggota polis pergi ke rumah Andres dan mendapati terdapat sesuatu yang tidak kena dengan kehilangannya.

Clarissa dan teman lelakinya kemudian dibawa ke sebuah ibu pejabat polis untuk disoal siasat.

Para detektif mendapati kedua-dua remaja itu bertanggungjawab terhadap kehilangan Andres.

Detektif-detektif yang melakukan siasatan itu turut meminta bantuan para pegawai peronda basikal untuk mencari Andres.

Selepas soal siasat itu, polis menemui mayat Andres yang reput di sebuah kawasan gurun terpencil.

Polis memberitahu, Andres dibunuh di rumah dan mayatnya dibuang ke gurun itu.Motif pembunuhan masih disiasat polis. Buat masa kini, kedua-dua remaja itu ditahan di penjara Pima County.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: