Friday, November 12, 2010

Rampas barang seludup RM1.8j


SAPIAN (dua dari kanan) bersama pegawai dan anggota PGM melupuskan barang kes melibatkan mercun di Tok Bali, Pasir Puteh semalam.


PASIR PUTEH – Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Timur berjaya merampas pelbagai jenis barangan seludup bernilai RM1.8 juta sejak Januari lalu hingga semalam.

Timbalan Komander PGM Wilayah Timur, Supritendan Sapian Salihin berkata, sebanyak 60 tangkapan juga berjaya dilakukan pihaknya di sepanjang perairan sempadan Kelantan-Thailand dalam tempoh tersebut.

Menurutnya, antara jenis barangan yang dirampas ialah diesel dan petrol, mercun, minyak masak, beras, gandum, gula dan pakaian.

“Jumlah rampasan mercun bernilai hampir RM200,000 yang melibatkan tujuh kes,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: