![]() |
| Lee Meng Huat (dua dari kiri) dan Pengurus Kanan Perkhidmatan dan Pemasaran BenQ Malaysia, Chaw Foo Hong menunjukkan projektor yang dilancarkan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. |
Membawa keajaiban kepada pengajaran interaktif dan penyampaian maklumat perniagaan, peneraju dalam pembekalan peralatan produk, teknologi visual dan teknologi mudah alih, Benq melancarkan rangkaian projektor terkini dan canggih.
Pengarah Urusan BenQ Singapore Pte Ltd, Lee Kim Huat berkata, model pertama MP790ST PointDraw mempamerkan ciri-ciri praktikal, pintar dan menyeluruh yang sesuai untuk bilik darjah dan ruang mesyuarat.
"Ia memberikan sentuhan tambahan untuk keseronokan dan keghairahan dalam pembelajaran dan persembahan dengan Q Draw alat pengajaran interaktif dan PointDraw pen yang direka khusus bagi meningkatkan minat, tumpuan dan prestasi pelajar dan penonton.''
Beliau menyatakan demikian pada majlis pelancaran Projektor BenQ di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Keupayaan interaktif PointDraw membebaskan pengguna daripada terus bergantung kepada papan putih dan gangguan sistem.
Kim Huat menganggarkan dalam bidang pendidikan satu daripada lima bilik darjah bakal menggunakan papan putih interaktif menjelang tahun 2013.
"Bagi memudahkan pengawalan dan penyelenggaraan model MP780ST PointDraw, Benq memperkenalkan penyelesaian Networking," katanya.
Ini bagi memudahkan masa sebenar, capaian pusat lebih luas dan kawalan terhadap satu projektor atau beberapa projektor serentak melalui satu tempat kawalan.
Malah persembahan menjadi lebih mudah secara kawalan jauh dengan LAN Display dan Remote Desktop.
Selain itu, pengguna juga boleh menayangkan slaid dengan papan kekunci dan tetikus tanpa wayar tanpa komputer riba.
Kebaikan kawalan LAN, kata Kim Huat termasuk pilihan pameran projektor tidak sepenuhnya untuk pengurusan kandungan yang lebih mudah semasa menayangkan imej serentak bagi acara berlainan sehingga empat komputer pada satu masa.
Selain berciri interaktif, projektor MP780ST PointDraw dilengkapi teknologi short-throw, berprestasi HD penuh bagi membolehkan penayangan 3D.
Satu lagi pilihan untuk pengajaran dan persembahan interaktif ialah rangkaian short throw termasuk model MX880UST, MX812ST, MW811ST, MX810ST, MX613ST dan MS612ST.
Sebagai pakar projektor short-throw global, BenQ mengambil inisiatif memenuhi permintaan pelanggan dengan model MX880UST yang didatangkan dengan pembesar suara sedia ada 20 W dengan pembesar suara.
MX810ST, MW811ST dan MX812ST pula memaparkan gambar besar 81 inci dalam satu meter dengan jangka hayat lampu sehingga 5,000 jam di bawah mod Eco.
Manakala MS612ST dan MX613ST pula memaparkan gambar 55 inci dalam satu meter jangka hayat lampu sehingga 6,000 jam dalam mod Eco.
Bagi auditorium dan bilik syarahan di mana tayangan gambar berskala besar dan berprestasi tinggi amat diperlukan, BenQ memperkenalkan rangkaian Full HD Brightness menampilkan kecerahan ultra 4,000-lumen SP890 dan 4,500-lumen SP891.
"Sebagai salah satu daripada dua jenama terbaik di negara ini, pemimpin dalam industri projektor sentiasa seiring dengan arus teknologi terkini dan bersedia membawakan keseronokan dan kualiti hidup pada seluruh rakyat negara ini," katanya.
Projektor baru BenQ boleh didapati di pasaran dengan harga antara RM1,999 sehingga RM16,999 bergantung kepada model.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: