MIAMI, Florida - Polis menangkap seorang lelaki yang didakwa melanggan pelacur di sini pada awal bulan ini yang mempunyai bentuk kepala yang ganjil, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Carlos Rodriguez berusia 25 tahun kemudiannya dibebaskan oleh polis selepas disoal siasat.
Menurut laporan polis, seperti disiarkan dalam laman Miami New Times, polis mengklasifikasikan dia mempunyai separuh kepala dalam ruangan ciri-ciri fizikal suspek yang unik.
Seorang kakitangan wanita di Pusat Pratahanan Daerah Miami-Dade mengesahkan bentuk kepala lelaki itu dengan menyatakan dia melihat suspek tersebut kira-kira seminggu lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: