![]() |
| Yoshiyuki Tanabe (dua dari kiri) bersama pegawai syarikatnya pada pelancaran model baru penyelesaian pejabat baru-baru ini. |
Panasonic Malaysia baru-baru ini memperkenalkan alat penyelesaian cekap dokumen model KX-MB1900CX dan KX-MB2061ML untuk melengkapkan penggunaan konsep Pejabat Kecil dan Pejabat Rumah (SOHO).
Model terbaru Laser semua dalam satu KX-MB1900CX merupakan alat penyelesaian yang ideal dengan fungsi cetak , imbas dan salin kepada pejabat-pejabat rumah.
Model KX-MB2061ML pula merupakan model yang pertama di pasaran yang mempunyai telefon DECT wayarles kemampuan percetakan serta komunikasi yang canggih dan memudahkan pekerjaan di pejabat-pejabat kecil.
Kedua-dua model berkenaan paling baru dalam rangkaian produk penyelesaian dokumen disasarkan khas untuk pasaran SOHO.
KX-MB1900CX
Model terbaru yang dilancarkan, KX-MB1900CX berharga pada RM499, menjadikan model ini sebagai alternatif kepada alat pencetak yang bernilai lebih tinggi tetapi dengan inkjet biasa.
Ini kerana dengan fungsi serbaguna AIO telah ditetapkan untuk memberi tahap kualiti dan produktiviti yang diperlukan oleh pengguna di rumah.
Dengan kelajuan percetakan laser sebanyak 24ppm (cetakan seminit) dan jumlah salinan yang tinggi dengan resolusi percetakan sehingga 600 x 600 dpi.
Unit ini juga menawarkan fungsi A4 Compact Flatbed yang membolehkan penyalinan dan pengimbasan buku, majalah, surat khabar atau objek kecil seperti resit dan lesen pemandu kereta.
Fungsi tambahan yang terdapat dalam perisian ini termasuk fungsi baru iaitu utiliti percetakan mudah yang membolehkan penggabungan beberapa jenis dokumen seperti dokumen Word, dan Excel Sheet dalam satu kerja cetakan.
Pengguna boleh memastikan imej akhir pada komputer sebelum membuat percetakan, mengubah tetapan muka surat menjadi dua-dalam-satu, atau kepada format 16-dalam-satu.
Fungsi-fungsi yang digabungkan ini boleh mengurangkan jumlah percubaan cetakan dan cetakan yang salah.
Pengurus Besar Pemasaran Sistem Perniagaan, Panasonic Malaysia Yoshiyuki Tanabe berkata, pihaknya memberi tumpuan kepada pengguna di rumah.
''Direka khas untuk memberi penyelesaian yang berkualiti tinggi, fungsi percetakan,penyalinan dan pengimbasan menjadikan penggabungan yang ideal antara alat penyelesaian pejabat rumah dengan proses laser berbanding alat cetak inkjet dengan satu fungsi", katanya
KX-MB2061ML
Selain daripada fungsi percetakan, imbasan dan penyalinan, KX-MB2061ML juga menawarkan sistem komunikasi dan ciri-ciri rangkaian untuk melengkapi pejabat kecil.
MOdel tersebut yang dilancarkan bulan ini adalah yang pertama di pasaran yang mempunyai ciri telefon DECT tanpa wayar yang menyokong sehingga lima tambahan sambungan.
Unit KX-MB2061ML juga boleh dikongsi dengan beberapa stesen kerja Pejabat Kecil menerusi LAN, dan boleh berfungsi sebagai pencetak rangkaian, pegimbas rangkaian dan PC-Fax menerusi rangkaian.
Sejajar dengan falsafah Panasonic dalam menyediakan penyelesaian dan bukan sahaja memberi tumpuan kepada sesebuah produk, fungsi penyelesaian dokumen Panasonic menawarkan barisan produk berintegrasi dari unit faks untuk kegunaan di rumah, ke network-ready, pencetak AIO Laser Warna; menyediakan penyelesaian sepenuhnya kepada berbagai kapasiti pejabat.
Produk siri mesin faksimile laser menyediakan berbagai penyelesaian komunikasi telefon dan penggunaan faks untuk keperluan SOHO.
Selain itu, AIO Laser menawarkan fungsi yang lebih cekap untuk percetakan, pengimbasan dan rangkaian.
Model terbaru yang dilancarkan KX-MB1900CX merupakan produk terbaru dalam barisan produk ini dan ditujukan khas untuk kategori SOHO, seterusnya model KX-MC6260CX, model premium yang mempunyai AIO Laser Kelajuan Tinggi dan siri AIO Laser Warna, menyokong unit 6-dalam-satu, Percetakan Langsung SDHC.
Kesemua model-model ini menawarkan fungsi serba canggih dan cekap untuk kegunaan komersial, ditujukan khas kepada Perusahaan Kecil dan Perusahaan Sederhana (SME)
Maklumat lanjut berhubung jenama dan produk Panasonic, layari laman web www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan di 03-5543 7600.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: