Monday, November 15, 2010

Pemimpin APEC ikrar zon bebas akan jadi realiti


PARA pemimpin menyertai sesi rehat pada Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Yokohama, Jepun semalam.


YOKOHAMA - Para pemimpin Asia Pasifik termasuk dari Amerika Syarikat (AS) dan China berikrar semalam di sini untuk menjadikan impian mereka satu zon perdagangan bebas yang luas sebagai realiti sekali gus mengetepikan konflik yang menjejaskan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G-20) di Seoul, Korea Selatan pada minggu lalu.

"Kami kekal komited untuk mengekalkan pasaran terbuka dan menentang perlindungan. Kami memperkukuhkan keazaman bersama kami untuk menyokong pemulihan dalam satu cara kerjasama dan kordinasi," kata para pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) itu dalam satu kenyataan.

Mengulangi semula kenyataan pada Sidang Kemuncak G-20 yang diadakan di Seoul, Korea Selatan, para pemimpin itu enggan untuk menyertai perang menurunkan nilai mata wang sebaliknya menekankan lebih banyak keseimbangan dan pertumbuhan ekonomi yang berkekalan.

Sidang kemuncak itu bermula dua hari sejak kelmarin dan dihadiri oleh negara-negara di rantau Asia Pasifik seperti Malaysia, Rusia, Peru, AS, Australia, China dan Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: