![]() |
| BARACK OBAMA |
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi jaminan kepada rakan sejawatannya dari Rusia, Dmitri Medvedev bahawa beliau akan mendesak Dewan Senat AS supaya meluluskan usul Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik (START) melibatkan senjata nuklear pada bulan ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Perjanjian START dimeterai oleh AS dan negara bekas Kesatuan Soviet (USSR) buat pertama kali pada 31 Julai 1991.
Usul terbaru START oleh pentadbiran Obama adalah bagi mengehadkan penempatan peluru berpandu strategik kepada 1,550 buah untuk setiap negara berbanding 2,200 buah sekarang selain membenarkan AS dan Rusia memeriksa senjata masing-masing.
Namun, Obama dijangka berdepan halangan daripada ahli-ahli politik Parti Republikan yang sangsi dengan usul tersebut.
Bilangan anggota Dewan Parti Republikan kini lebih ramai selepas mereka memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya separuh penggal awal bulan ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: