![]() |
| LEWIS HAMILTON mencium kekasihnya, Nicole Scherzinger sebelum perlumbaan kereta Formula Satu bermula di Litar Yas Marina di Abu Dhabi kelmarin. |
ABU DHABI - Pelumba kereta Formula Satu (F1) untuk pasukan McLaren Mercedes, Lewis Hamilton dari Britain ditenangkan oleh kekasihnya yang merupakan penyanyi kumpulan pop Pussycat Doll, Nicole Scherzinger selepas dia gagal menjadi juara dunia dalam saingan perlumbaan di Litar Yas Marina, Abu Dhabi, lapor sebuah akhbar semalam.
Hamilton hanya mampu menduduki tempat kedua apabila tewas kepada pemandu pasukan Red Bull, Sebastian Vettel dalam pertandingan tersebut yang diadakan kelmarin.
Ekoran kemenangan di litar itu, Vettel, 23, menjadi juara dunia F1 yang paling muda dalam sejarah sukan itu.
Gelaran juara termuda pernah disandang Hamilton, 25, pada tahun 2008.
Penyanyi itu merupakan tempat Hamilton mengubat kedukaannya selepas gagal menjadi juara dunia.
Nicole sebelum ini pernah meminta semua peminatnya untuk menghantar kata-kata semangat kepada Hamilton menerusi laman Twitter.
Pasangan selebriti itu sebelum ini pernah berpisah sebelum mereka menyambung semula percintaan yang terputus.
Selain Nicole, Hamilton turut ditemani oleh ibunya, Carmen dan bapa angkatnya, Raymond Lockhart.
Bapa kandung Hamilton, Anthony yang bekerja dengan pasukan Force India yang turut menyertai perlumbaan tersebut tidak kelihatan.
Hubungan antara kedua-dua beranak itu masih tegang berikutan Hamilton memecat Anthony daripada menjadi pengurusnya sebelum musim F1 bermula pada Mac lalu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: