|
|
KATMANDU - Model terkenal dari Denmark, Helena Christensen menghabiskan masa selama tiga hari di beberapa buah kampung di selatan Nepal dalam kempennya untuk mengetengahkan kesan pemanasan global dalam kalangan penduduk miskin dan kawasan luar bandar.
"Saya menemui beberapa wanita dan memberitahu mereka kisah peribadi, berkongsi kebimbangan dengan mereka mengenai cara kehidupan," katanya.
Menurutnya, mereka kini tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan jika banjir melanda kawasan mereka.
Beliau berkata, penduduk kampung itu bimbang mengenai masa depan kehidupan kanak-kanak di kawasan tersebut.
Christensen menyatakan demikian semalam di Katmandu selepas beliau melawat daerah Nawalaparasi.
Ramai penduduk di daerah itu bergantung dengan kerja-kerja bertani untuk meneruskan hidup.
Tanaman makanan telah musnah akibat banjir dan musim kemarau.
Sementara itu di bandar raya Mexico kelmarin, datuk-datuk bandar di seluruh dunia menandatangani satu perjanjian sukarela untuk mengurangkan pelepasan pencemaran gas rumah hijau dalam satu mesyuarat yang diadakan sebagai satu pelopor ke arah rundingan mengenai cuaca tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Cancun, minggu depan.
Perhimpunan itu diadakan di salah sebuah bandar raya paling tercemar di dunia dengan mengumpulkan ribuan pemimpin tempatan dan wilayah bagi membincangkan isu-isu ekonomi dan sosial termasuk perubahan cuaca.
Para peserta dari kira-kira 135 buah negara dan kawasan bandar termasuk Buenos Aires, Bogota, Johannesburg, Los Angeles, Paris dan Vancouver menandatangani persetujuan untuk menyatakan hasrat bagi melaksanakan langkah-langkah bagi mengurangkan masalah perubahan cuaca.
Menurut Presiden yayasan Pemikiran, Gabriel Sanchez, setiap bandar raya itu perlu mendaftarkan data cuaca bagi tempoh lapan bulan lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: