Wednesday, November 3, 2010
Mamat Khalid tarik diri bertanding
Pengarah filem terkenal Mamat Khalid menyatakan pendirian akan menarik diri daripada mana-mana pertandingan filem sekiranya ada sikap diskriminasi pihak juri terhadap karya-karya filem tempatan.
Kenyataan itu dibuat apabila pengarah filem Estet ini secara terbuka meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap keputusan juri pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 yang berlangsung baru-baru ini.
Katanya, sikap bunuh industri ini hanya akan memakan diri kerana banyak karya tempatan yang bagus tidak menerima tempat seterusnya menggenggam trofi hanya kerana sikap juri yang tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.
“Golongan ini dipanggil ‘wannabe’. Mereka tidak layak untuk pikul tanggungjawab sebagai juri tapi beria-ia mahukannya. Akhirnya tidak tahu nak buat kerja. Ini hanya boleh memecah-belah industri seni perfileman negara sahaja. Jika orang macam ini tidak disingkirkan, anugerah dan trofi hanya dapat kepada sahabat baik golongan ini sahaja.
“Perkara ini sudah lama berlaku, hingga Allahyarham Yasmin Ahamd tidak mahu bertanding dalam mana-mana pertandingan di negara ini. Puncanya kerana sikap orang industri yang tak tahu menilai hasil kerja karyawan kita,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Tidak menyangka hal sebegini menjadi kontroversi hebat, Mamat Khalid bagaimanapun tidak mahu perkara ini terus diperbesarkan. Pemegang anugerah Filem Terbaik pada FFM dua tahun lalu menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang, Mamat Khalid beranggapan tiada ketelusan daripada pihak oleh juri dalam menentukan pemenang FFM tahun ini.
Pun begitu, kenyataan pengarah itu telah disalah ertikan beberapa pihak hingga menganggap pengarah dan penulis skrip ini tidak dapat menerima kekalahan di tangan orang muda.
“Saya tak faham kenapa ada pihak yang cakap begitu kepada saya, sedangkan saya hanya meluahkan rasa tak puas hati terhadap juri. Setidak-tidaknya biarlah anugerah itu jatuh ke tangan yang berhak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
eh eeeleh...masa menang dua tahun lepas pakai kawan2 gak lah tu.
ReplyDelete