|
|
BERCHER, Switzerland - Seorang juruterbang dan pencipta, Yves Rossy berumur 51 tahun terbang dengan menggunakan sut jet buatan sendiri pada Jumaat lalu dekat Tasik Geneva di sini.
Dia terbang dari platform sebuah belon udara panas pada ketinggian 2,400 meter dan melakukan beberapa aksi di udara sebelum selamat mendarat dengan menggunakan payung terjun.
Rossy menganggap penerbangan itu sebagai sangat hebat walaupun dia mengakui mengalami sedikit masalah apabila enjinnya mula dihidupkan.
Dia mencipta enjin baru sut yang bersayap itu dengan sebuah syarikat Switzerland, RUAG.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: