Thursday, November 11, 2010

Lebih 2,000 peserta hadir uji bakat Raja Lawak Astro

Setelah lebih sebulan berkunjung ke enam buah uji bakat di seluruh Malaysia, pencarian bakat baru Raja Lawak Astro musim kelima berakhir di The Mall, Kuala Lumpur, hujung minggu lalu.

Lebih 2,000 peserta hadir dan mencatatkan jumlah peserta uji bakat paling ramai berbanding empat musim Raja Lawak Astro sebelum ini.

Pencarian bakat baru Raja Lawak Astro turut menjelajah ke Kuantan, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Kuching. Sesi uji bakat memulakan penjelajahannya pada setiap minggu (Sabtu & Ahad) dari jam 10 pagi hingga 10 malam sejak 2 Oktober lalu. Sesi uji bakat yang diadakan secara terbuka di tempat tumpuan awam menarik minat pengunjung menonton aksi dan memberi semangat kepada peserta.

Pertandingan realiti bakat lawak, Raja Lawak Astro (musim kelima) ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat dalam bidang komedi.

Juri akan menilai peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan; keaslian persembahan dan kreativiti; bakat, kemahiran lakonan dan sama ada peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.

Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, barisan peserta akhir Raja Lawak musim kelima akan diumumkan pada 27 Disember ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: