GAGA (kiri) dan Cynthia bagai berkongsi cita rasa.
LONDON: Lady Gaga dan ibunya, Cynthia Germanotta bagaikan berkongsi cita rasa dalam berfesyen ketika ditemui di London, kelmarin.
Penyanyi berusia 24 tahun itu dilihat meninggalkan hotel dengan kot panjang dipadan dengan kaca mata ala 70-an yang menjadi kegemaran penyanyi Elton John. Cynthia yang menemani anaknya untuk konsert jelajah Eropah pula bergaya dengan jaket panjang dan kaca mata hitam besar ketika keluar dari Studio di Abbey Road, London selepas meluangkan masa sepanjang hari bersama penyanyi itu.
Walaupun penampilan Cynthia tidak begitu menonjol berbanding anaknya, tetapi wujud persamaan antara kedua-dua beranak itu kerana mereka juga mempunyai gaya rambut yang hampir sama.
Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Germanotta berada di London untuk merakamkan album keduanya ‘Born This Way’ sebelum membuat persembahan untuk konsert Monster Ballnya di Eropah. Dia dijangka membuat persembahan di Arena Zagreb di Croatia sebelum ke Hungary, Sweden dan Switzerland.
“Rakaman album kedua ini hampir siap selepas berbulan-bulan lamanya saya tekun bekerja. Sesetengah artis memerlukan hingga bertahun-tahun untuk menyiapkan satu-satu album tetapi saya tidak kerana saya menulis lagu setiap hari,” kata Gaga.
Sementara itu, Gaga turut merakamkan lagu duet bersama Elton bertajuk ‘Hello Hello’ yang akan dimuatkan dalam filem baru terbitan Disney berjudul ‘Gnomeo and Juliet’. Dia yang lebih gemar meluangkan masa di London berbanding kota lain di Eropah kerap tampil dengan fesyen pakaian yang luar biasa. Pada awal minggu ini, Gaga dilihat menghadiri kelas yoga Bikram dengan but besar bertumit tinggi hingga menghadapi kesukaran untuk berjalan dan terpaksa dibantu pengawal peribadinya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: