Friday, November 12, 2010

Keriangan di Brighton Schoolhouse


KANAK-KANAK mendapat hadiah dengan Carrier Junior.


SEMPENA sambutan Hari Kanak-Kanak, Carrie Junior mengambil kesempatan melawat Brighton Schoolhouse di Damansara Heights, Kuala Lumpur untuk berkongsi kegembiraan dan keceriaan bersama kanak-kanak baru-baru ini.

Dengan tema Fun Time with Carrie Junior, lawatan tersebut merupakan usaha berterusan Carrie Junior mempromosikan cara penjagaan kebersihan kepada kanak-kanak dengan cara yang menyeronokkan.

Rangkaian produk mandian Carrie Junior dirumus khas untuk melembut dan menghaluskan kulit dan rambut kanak-kanak dengan memberikan haruman buah-buahan sepanjang hari.


SEORANG kanak-kanak perempuan tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama maskot Carrie Junior.


Sehubungan itu, Carrie Junior telah mengadakan program yang menyeronokkan dan sesi penerangan mengenai penjagaan kesihatan oleh personaliti televisyen yang juga ibu iaitu Irin Putri Azmi.

Kanak-kanak terbabit diajar mengenai pentingnya mempraktikkan teknik yang betul untuk membasuh tangan, mandi dan membersihkan badan selepas bermain.

Menurut Pengurus Kanan Produk Carrie Junior, Ooi Boay Khim, program itu merupakan platform untuk Carrie Junior memainkan peranan bukan sahaja sebagai jenama produk penjagaan diri bahkan sebagai rakan kepada kanak-kanak.

"Caranya ialah dengan mendidik mereka tentang pentingnya penjagaan kebersihan," katanya.


WALAUPUN masih kecil kanak-kanak yang hadir tekun mendengar informasi mengenai diri.


Pada program itu, kawasan permainan dipenuhi dengan elemen keseronokan dan kegembiraan sebaik sahaja kemunculan maskot Carrie Junior, gajah merah jambu.

Kanak-kanak kelihatan begitu teruja melihat gajah tersebut sehingga berebut-rebut memeluknya selain berkesempatan merakamkan foto bersama.

Dalam pada itu, bakat kreativiti lukisan kanak-kanak di Brighton Schoolhouse terserlah ketika sesi Art Attack.

Sementara menunggu hasil karya mereka siap, kesemua Picasso cilik itu diminta oleh Irin untuk membersihkan tangan masing-masing dengan produk Carrie Junior.

Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan tarian dan pakaian berwarna-warni yang digayakan oleh kanak-kanak Brighton Schoolhouse.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: