DANNENBERG, Jerman - Sebuah kereta api yang membawa bahan buangan radioaktif meneruskan perjalanan ke sebuah stor di Jerman semalam.
Menurut pihak berkuasa, kereta api itu menyambung perjalanan selepas polis menyuraikan 3,000 penunjuk perasaan yang menghalang landasan.
Seorang jurucakap polis di Lueneburg, utara Jerman berkata, landasan itu kini boleh digunakan untuk ke Dannenberg.
Bahan buangan radioaktif itu seberat 123 tan itu dijangka dipindahkan ke lori untuk dihantar ke stor Gorleben.
Tunjuk perasaan yang berlaku selama seminggu sebelum ini diadakan bertujuan untuk menghalang penghantaran itu.
Kira-kira 20,000 anggota polis dikerah bagi mengawal penghantaran itu.
Gorleben merupakan stor sementara untuk bahan buangan radioaktif.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: