Saturday, November 13, 2010

Kakitangan UniMAP bantu bersih hospital


DR. Kamarudin Hussin (kanan) bersama kakitangan UniMAP membantu membersihkan kawasan Hospital Tuanku Fauziah, di Kangar, semalam.


KANGAR 8 Nov. - Kira-kira 1,000 kakitangan pentadbiran dan akademik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini membantu membersihkan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini yang dimasuki air banjir sebelum ini.

Program pembersihan itu yang merupakan antara program khidmat sosial HTF diketuai sendiri oleh Naib Canselor UniMAP, Profesor Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Turut menyertai program gotong-royong itu ialah Pengarah HTF, Dr. Ahmad Nordin Mohd Jais yang gembira dengan keprihatinan warga universiti awam itu membantu membersihkan kawasan dan bangunan hospital berkenaan.

Banjir sejak Isnin lalu menyebabkan pekarangan HTF dinaiki air dan tingkat bawah seluruh bangunan hospital itu dimasuki air.

"HTF beroperasi sepanjang masa ketika banjir namun selepas banjir surut sepenuhnya semalam, jumlah pesakit luar yang mendapatkan rawatan bertambah pula," kata Dr. Ahmad Nordin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: