Friday, November 5, 2010

Kad kredit Kardashians


ADIK-BERADIK kaya, (dari kiri), Khloe, Kim dan Kourtney Kardashians.


KELUARGA Kardashians yang terkenal melalui program realiti TV, Keeping Up with the Kardashians memang tidak pernah berhenti membuat pelbagai kegiatan yang menjadikan mereka sebagai pusat perhatian dan pengasas trend. Setelah memunculkan program TV, minyak wangi serta jenama pakaian, tiga adik-beradik popular Kardashians iaitu Kim, Khloe dan Kourtney bakal melancarkan pula kad kredit versi mereka.

Mereka bekerjasama dengan pihak Mobile Resource Card untuk melancarkan kad prabayar dengan wajah cantik mereka terpampang pada salah satu sisi kad kredit tersebut.

Kad tersebut akan dilancarkan pada 10 November 2010 dan tiga beradik itu tidak sabar menanti projek terbaru mereka tersebut.

"Saya tidak pernah menyangka akan mempunyai sebuah kad kredit yang terpampang wajah saya. Saya rasa ia cukup mengagumkan dan kami akan berada di dalam dompet ramai orang," tulis Khloe di dalam laman sosial Twitter miliknya.

Kim juga tidak ketinggalan sibuk mempromosikan kad tersebut dengan menguar-uarkan kemudahan yang didapati apabila memiliki kad tersebut.

"Yang paling menarik adalah pemegang kad kredit tersebut akan mendapat pelbagai kemudahan secara percuma. Pemegang kad akan dapat memindahkan wang menggunakan telefon bimbit seperti mempunyai ATM (mesin teler automatik) di telefon anda. Ramai yang tidak gemar ke ATM dan ke bank, jadi kenapa tidak membuatnya melalui telefon kalian?," tulis Kim melalui blog miliknya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: