
KUALA LUMPUR - Kabinet semalam meluluskan peruntukan RM5 juta untuk membaiki keadaan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini agar dapat memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.
Peruntukan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjalani rawatan di unit tersebut sejak 4 November lalu akibat komplikasi demam cacar air yang dihidapi hujung bulan lepas.
Perdana Menteri yang mempengerusikan mesyuarat Kabinet apabila memulakan tugasnya semalam berkata, beliau melihat sendiri keadaan daif di wad berkenaan semasa menerima rawatan di situ.
"Kementerian Kesihatan juga diminta membeli peralatan menaik taraf unit itu secepat mungkin supaya boleh memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis jamuan kesyukuran dan doa selamat yang diadakan di Wad DiRaja HKL di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: