Friday, November 5, 2010

Hormon bercelaru punca hipertrofi


HIPERTROFI boleh berlaku pada kedua-dua belah payu dara.


HIPERTROFI payu dara atau juga dikenali sebagai gigantomastia merupakan penyakit yang berkaitan dengan gangguan pada tisu penghubung. Masalah itu menyebabkan payu dara membesar melebihi 600 gram.

Pembesaran tersebut menyebabkan ketidakselesaan, berlaku regangan pada kulit yang berlapis dan akhirnya mengakibatkan luka.

Juga dikenali sebagai makromastia, ia merujuk kepada pembesaran benigna yang progresif terhadap payu dara.

Penyakit itu mula dikenal pasti pada tahun 1648. Pembesaran di luar kawalan itu mungkin disebabkan oleh kepekaan yang terlampau pada hormon prolaktin wanita, estrogen, progesteron dan mungkin juga kerana kehadiran kuantiti luar biasa hormon berkenaan di dalam darah.

Kajian menunjukkan reaksi abnormal pada tisu payu dara berlaku atas faktor hormon. Dalam kes yang kritikal, salah satu payu dara yang mengalami gangguan tersebut boleh mencecah berat sehingga 9.1 kilogram (kg).

Saiz paling besar yang pernah direkodkan setakat ini akibat hipertrofi adalah seberat 30 kg untuk sebelah payu dara sahaja. Hipertrofi yang seringkali dikaitkan dengan kehamilan berlaku satu dalam setiap 28,000 hingga 100,000 kehamilan di seluruh dunia.

Hipertrofi boleh berlaku pada kedua-dua belah payu dara tetapi selalunya ia berlaku pada sebelah payu dara sahaja, menyebabkan keadaan tidak simetri. Keadaan tersebut menjadikan sebelah payu dara lebih besar berbanding sebelahnya.

Selain pembesaran payu dara, simptom lain hipertrofi ialah kemerahan, kegatalan dan kesakitan pada Hipertrofi boleh berlaku pada kedua-dua belah payu dara.

Apabila diagnosis dilakukan, tumbesaran payu dara di kalangan remaja didapati membesar lebih cepat dan mencapai berat yang ideal selepas haid pertama mereka. Segelintir doktor berpendapat, perkembangan payu dara berlaku sebelum kedatangan haid.

Segelintir wanita yang menghadapi virginal breast hypertrophy (VBH) mengalami pembesaran payu dara pada kadar yang tetap untuk beberapa tahun tetapi pembesaran berlaku sangat pantasnya.

Rawatan perubatan

Wanita yang mengalami VBH kerap mengalami pembesaran abnormal pada puting. Pada permulaan baligh, segelintir wanita yang tidak mengalami pembesaran atau sedikit pembesaran payu dara, payu dara mereka boleh membesar dua atau tiga kali saiz mangkuk baju dalam dalam masa beberapa hari.

Apabila pembengkakan di dalam tisu penghubung berlaku selepas kelahiran, ia akan memberikan impak negatif pada pembekalan susu pada jangka masa panjang.

Pembengkakan itu akan meningkat selepas kehamilan. Pembesaran payu dara yang ekstrem menyebabkan rasa tidak selesa, demam, kemerahan, kegatalan dan membuatkan kulit mengelupas.

Rawatan perubatan masih belum dibuktikan efektif. Rejimen perubatan termasuk ubat penghalang tumbesaran, tamoxifen, hormon progesteron, bromocriptine dan testosteron

Terapi pembedahan pula termasuk pembedahan plastik untuk memperbaiki atau mengubah saiz payu dara dan mastektomi.

Walau bagaimanapun, pengecilan payu dara bukannya indikasi klinikal melainkan sekurang-sekurangnya 1.8 kg tisu pada setiap payu dara perlu dibuang.


PENGHIDAP hipertrofi buah dada kerap mengalami sakit kepala, badan dan tengkuk.


Dalam kebanyakan kes makromastia, pembedahan tidak diperlukan.

Apabila hipertrofi berlaku kepada remaja, rawatan tidak invasif seperti rawatan farmaseutikal, terapi hormon dan steroid dilakukan.

Setelah kadar pembesaran payu dara seseorang remaja itu stabil, pilihan untuk pengecilan payu dara mungkin pilihan yang sesuai. Dalam kes-kes yang tertentu, selepas menjalani pembedahan, payu dara boleh terus membesar atau membesar semula, masektomi mungkin merupakan penyelesaian terakhir.

Kesukaran yang sering dihadapi oleh mereka yang mengalami masalah gigantomastia ialah mencari saiz baju dalam yang sesuai.

Selain sukar memperoleh saiz baju dalam yang sesuai, payu dara yang berat dan besar boleh menyebabkan sakit kepala, sakit tengkuk, sakit badan dan pinggang serta jari kebas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: