WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Kapal angkasa Deep Impact milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merakamkan gambar sebuah komet yang terdekat setakat ini.
Gambar-gambar hitam putih komet berbentuk seperti sebiji kacang tanah dikenali sebagai Hartley 2 itu dirakamkan dari jarak 700 kilometer kelmarin dan ia kemudian dihantar ke sebuah makmal NASA di California, AS untuk dianalisis.
Komet adalah lebihan daripada formasi sistem solar di cakerawala.
Saintis-saintis berminat mengkaji komet untuk mencari petunjuk bagaimana Bumi dan planet-planet lain terbentuk kira-kira 4.5 bilion tahun dahulu.
Jarak terdekat Komet Hartley 2 dari bumi ialah 17.6 juta kilometer pada 20 Oktober lalu selepas ia ditemui pada tahun 1986.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: