Thursday, November 11, 2010

Fazley Letak Jawatan Kerana Ijazah PhD Palsu

image

PETALING JAYA: Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.

Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom.

“Betul... saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales),” katanya, Rabu.

Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya.

Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu.

University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.

Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan.

Dari laporan BBC

“The programme revealed that Fazley Yaakob, who runs the Fazley International College (FICO) in the Malaysian capital Kuala Lumpur, was claiming to have both a masters and a doctorate in business administration.

But both came from a bogus university.”

Contoh ijazah tipu dari European Business School

image

image

 

13 comments:

  1. fazley, kenapa kau tak pegi belajar kat UIA ke? UM ke...kan lebih senang....takde siapa boleh claim apa2? sekarang memang memalukan betul...nanti sampai bila2 orang akan gelar Dr tipu! memalukan mak mentua kau aje lah!

    ReplyDelete
  2. apa la lu ni bai.. berlagak x kene gaya lah.. satu bumi da tau lu tipu kitorang. hilang respek kt lu..

    ReplyDelete
  3. memalukan negara saje

    ReplyDelete
  4. berani kerana benar tkt kerana salah...

    ReplyDelete
  5. bising2 apesal. kau ade ke macam dia. ? dah dia kate dia nak bagi penjelasan. tunggu jela. hadoooiii. tu semua bukan dia mintak.

    ReplyDelete
  6. dah lama dah bai.... takde bagi penjelasan apa-apa...dia dah ngaku dah pun menipu pasal tu dia letak jawatan.... ko tu yang tak tau!

    ReplyDelete
  7. kalau betul dia rasa tak betul..kenapa dia tak saman aje european business school tu...kenapa dia terus bagi tau orang dia dr...lepas tu siap pegi bukak universiti lagi...lepas tu pakai macam pensyarah lak tu!

    ReplyDelete
  8. ini kes tipah tertipu kot.@ tipah tipu orang...

    ReplyDelete
  9. Alamak Bro...Master & Phd boleh dibeli tapi maruah mahal harganya...Jangan jadi TONTO

    ReplyDelete
  10. ni bukan dye yang tipu...dye yang ditipu la....sape yang nak suke2 bayar n then dapat yang tipu....sokong ckit org kite...

    ReplyDelete
  11. dah tau PHD dia tak laku dah berkurun orang dok bercerita, apasal dok ngaku kat orang semua dia ada PHD/DBA whatever lah!

    ReplyDelete
  12. Tapi bagi saya tak boleh salahkan Fadzley. Di luar negara memang terdapat kolej2 bogus ni. Kalau baca catatan perjalanan Dr.H.M. Tuah Iskandar, beliau ada menyentuh bagaimana awalnya kalau tak silap dia hampir saja mendaftar di kolej bogus ni. Tapi dia diselamatkan oleh kawan-kawannya. Jadi saya rasa kalau kita tau kolej tu kolej bogus, mahukah kita melaburkan wang beribu-ribu ringgit di kolej berkenaan. Sudah tentu tidak. Jadi dalam kes Fadley ni dia tak tau. Kalau dia tau, mustahil dia pilih kolej tu.

    ReplyDelete
  13. kalau dah tau bogus kenapa tak saman dan jangan pakai title Dr tu, nie yang saya ingat orang dah pertikaikan lama dah irish university nie..in fact lama dah orang cerita, tapi dia tetap pakai lepas tu siap gunakan title dr ini untuk bukak kolej lagi! siapa yang tak nak rugi, tetapi kalau dah buat silap takyah go along with the lie lah! sekarang dah jadi, siapa yang malu? dia sendiri betul tak?

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: