Sunday, November 7, 2010

Erma pening pilih pendamping Fedi Nuril


FEDI NURIL


JARANG benar melihat pengarah tersohor Erma Fatima memilih nama-nama luar untuk dijadikan hero produksinya.

Seingat Diva, bilangannya boleh dikira dengan jari.

Tapi baru-baru ini Diva dengar, Erma memilih pelakon seberang iaitu Fedi Nuril yang pernah berlakon filem Ayat-Ayat Cinta untuk membintangi dramanya.

Tapi bukan itu cerita produksi tersebut.

Dengarnya, Erma sedang pening kepala memikirkan siapakah heroin yang sesuai untuk digandingkan dengan aktor tinggi lampai tersebut.

Erma juga sedang meminta pandangan ramai untuk menyenaraikan nama heroin yang sesuai untuk menjadi pendamping Fedi yang kacak itu.

Diva tahu, bab-bab ini Erma memang agak selektif atau dalam kata lain agak cerewet.

Jadi, siapa agaknya yang muncul di minda kalian? Siapa ya?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: