
Kamilah Bintang memberi kelainan apabila hanya enam peserta muda yang dipilih untuk menyertai program tersebut dan tiada undian daripada penonton dibuat. Sebaliknya ia diadili sepenuhnya oleh juri tetap iaitu Adibah Noor, Shafizawati Sharif dan Aznil Nawawi.
Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh berkata, Kamilah Bintang juga tidak akan menyingkirkan keenam-enam peserta tersebut sehinggalah ke peringkat akhir.
“Kamilah Bintang akan mengajar para peserta mengenai teknik-teknik nyanyian. Lima penyanyi ternama seperti Hujan, Farah Ashikin, Stacy, Amy Search dan Aizat akan menjadi artis yang memberi tunjuk ajar kepada mereka dan akan dilatih selama lima minggu.
“Peserta juga diberi tiga 'kuasa bintang' untuk memperbaiki persembahan mereka pada konsert mingguan. Kuasa Bintang ibaratnya seperti talian hayat,” katanya pada pelancaran program Kamilah Bintang di Fullhouse Cafe, baru-baru ini.
Enam bintang muda yang terpilih terdiri daripada Dayang (Dayang Nazillah Awang Astillah), 14; Wani (Syazwani Sapari), 10; Aiman (Mohammad Aiman Azli Aziz), 14; Faisal (Raja Mohd Faisal Khairullah Raja Abdul Halim), 13; Farhan (Muhammad Fathullah Farhan Muhammad Rosdi), 12; dan Qistina (Qistina Amira Rohaizad),13.
Juara Kamilah Bintang akan menerima hadiah pakej percutian sekeluarga ke Taman Tema Gold Coast, Australia, komputer riba VAIO, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan iPod Sudffle.
Bagi naib juara pula akan membawa pulang hadiah pakej percutian ke Taman tema Hong Kong bersama keluarga, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan iPod Sudffle.
Manakala tempat ketiga akan menerima hadiah pakej percutian sekeluarga ke Pulau Sentosa Singapura, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan iPod Sudffle.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: