Wednesday, November 3, 2010

Emma Watson tidak sedar jadi jutawan




LONDON - Pelakon terkenal, Emma Watson (gambar) memberitahu, dirinya berasa sangat beremosi dan terkejut selepas mengetahui dia memiliki wang jutaan dolar selepas melakonkan watak Hermione Granger dalam siri filem Harry Potter.

Emma mengetahui mengenai wang jutaan dolar itu sejak dua tahun lalu apabila dia mengadakan perbincangan dengan bapanya.

"Semasa filem Harry Potter memasuki siri ketiga atau keempat, wang saya mula bertambah. Saya tidak tahu mengenainya dan ia sangat mengejutkan," kata aktres itu kepada majalah Vogue.

Sejak berusia sembilan tahun, Emma cuma menerima elaun sebanyak AS$80 (RM247) seminggu.

Emma turut mengikuti kursus pengurusan wang dan dia kini memiliki kekayaan yang dianggarkan sebanyak AS$32 juta (RM98.7 juta).

Aktres itu kini sudah berusia 20 tahun dan menjadi seorang pelajar di Universiti Brown, Amerika Syarikat (AS).

Emma turut mendedahkan bahawa selama sembilan tahun dia tidak dibenarkan memotong rambut atau menggelapkan kulit sepanjang menjadi pelakon siri Harry Potter kerana terikat dengan perjanjian.

Justeru, aktres itu mengambil kesempatan mengubah penampilan selepas dia selesai menjalani penggambaran dua filem terakhir Harry Potter.

Filem terakhir Harry Potter akan ditayangkan pada Julai 2011.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: