PORT DICKSON – Tindakan sekumpulan 18 pasangan kekasih berpesta liar di sebuah bilik hotel sambil mengambil dadah membawa padah apabila kesemua mereka dicekup polis dalam satu serbuan di sini semalam.
Dalam operasi pada pukul 3.15 pagi itu, seramai sembilan pemuda berusia dalam lingkungan 18 hingga 33 tahun ditahan.
Turut ditahan pasangan mereka melibatkan sembilan wanita berusia dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, semasa pesta itu bermula, kesemua yang ditahan berada dalam keadaan khayal sambil menari dengan diiringi muzik dipasang dengan kuat.
Menurut beliau, penghuni yang curiga dan tidak tahan dengan bunyi bising di sebuah bilik hotel itu menghubungi polis.
“Hasil saringan air kencing yang dilakukan mendapati sembilan wanita dan lapan lelaki terbabit didapati positif mengambil dadah.
“Namun polis tidak menemui dadah yang digunakan mereka ketika berhibur di bilik hotel berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: