![]() |
| MICHA RAINES |
NEW YORK - Micha Raines, bekas tunang Putera Jefri Bolkiah yang merupakan adik Sultan Brunei memberitahu sebuah mahkamah kelmarin bahawa beliau tidak mendapat bantuan kewangan daripada putera itu bagi menyara seorang anak lelaki mereka berusia lima tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Raines, 41, yang juga merupakan bekas pekerja Putera Jefri berkata, walaupun tidak menerima bantuan, beliau jarang mengalami masalah kewangan.
Menurutnya, Putera Jefri berkongsi kekayaan dengannya semasa mereka bersama antara tahun 1996 hingga 2005.
"Saya dibayar gaji (lumayan) ketika saya bekerja untuknya. Apabila kami bertunang, saya diberikan banyak hadiah," kata Raines.
Menurutnya, pada satu ketika, beliau memperoleh AS$45,000 (RM140,265) sebulan.
Wanita itu kini tinggal di sebuah kediaman mewah berharga AS$8.5 juta (RM26.4 juta) di Las Vegas yang dihadiahkan oleh Putera Jefri.
Beliau memberikan keterangan dalam kes saman Putera Jefri terhadap dua bekas peguamnya bagi menuntut ganti rugi lebih AS$7 juta (RM21 juta).
Dua bekas peguamnya itu didakwa menipunya semasa menguruskan hartanya.
Menurut Raines, putera itu mengupah dua peguam tersebut, Thomas Derbyshire dan isterinya Faith Zaman selepas mereka bertemu di London pada musim panas 2004. Sebuah akhbar melaporkan bahawa wajah Raines menyerupai rupa empat patung wanita yang diukir sedang mengadakan hubungan seks dengan patung lelaki mirip Putera Jefri.

patung tu kalo tak slh bernilai rm33 juta..dan aku jugak konpius micha ni Islam ke tak.. dan mereka baru bertunang dan ada anak..
ReplyDeletehrrmmm....
kalu islam xkan le hidup bsama 10 thun tanpa nikah....dah mcm mat saleh...duit byk mcmtu baik le buat masjid kat kemboja k...dpt le pahala...ni buat dosa memjng..kekayaan melampau disalahgunkan
ReplyDeletebaik duit tu bg kat aku.. blh aku sedekah kat org islam yg hidup susah kay kemboja, selatan thai, palestin etc..
ReplyDelete