![]() |
| |
LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Avril Lavigne (gambar) dan suaminya, Deryck Whibley dikatakan sudah menyelesaikan penceraian, termasuk pembahagian gitar-gitar mereka.
Rekod mahkamah menunjukkan bahawa hakim bersetuju dengan terma penceraian tersebut pada Selasa lalu di Los Angeles.
Persetujuan itu menyatakan bahawa Avril dan Whibley boleh menyimpan hak terhadap katalog lagu, anugerah dan gitar masing-masing.
Avril, penyanyi pop-punk yang mula terkenal menerusi album Let's Go pada tahun 2002 memfailkan penceraian pada Oktober 2009.
Dia menyatakan, tiada lagi persefahaman sebagai punca penceraiannya dengan Whibley, pemain gitar dan penyanyi kumpulan Sum 41.
Pasangan itu berkahwin pada Julai 2006 dan tidak mempunyai anak.
Keputusan mahkamah itu mula-mula dilaporkan oleh laman web selebriti, TMZ.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: