
Adila berkata, dia sering meluangkan masa berbual bersama peminatnya di laman sesawang Facebook setiap kali ada masa luang namun kali ini aktiviti yang dirancang lebih menyeronokkan.
Rancangan ke Genting Highlands sudah direncanakan lebih awal dengan kelab peminatnya yang menggelar diri mereka Adila’s Angel.
Bagaimanapun, pada saat akhir, hanya 20 orang yang mempunyai masa terluang dan ke Genting Highlands bersama Adila.
“Adila memang gemar meluangkan masa bersama peminat dan bagi Adila mereka adalah tulang belakang dan nadi Adila dalam industri ini.
"Adila pernah bersama-sama kelab peminat Adila yang menggelar diri mereka Adila’s Angel membuat aktiviti bersama seperti bermain boling.
“Kami ke Genting Highlands menaiki kereta dan berkumpul di kaki bukit terlebih dahulu sebelum sama-sama konvoi ke atas. Sepanjang berada di sana, kesemua peminat Adila mendapat peluang menjadi pasangan Adila bermain pelbagai permainan,” kata Adila girang.
Tambah Adila, selepas ini dia teringin untuk bercuti ke Indonesia dan sedang merancang bersama Adila’s Angel agar perancangan itu akan terlaksana dalam masa terdekat.
Katanya lagi, dia bersyukur kerana mempunyai peminat yang sporting dan sentiasa sudi meluangkan masa bersamanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: